Maka turunlah
Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai
seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah
saw,
Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya
Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya
kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab:
"Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa
baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan
suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah
saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan,
pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut
menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika
tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun
menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab
lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan
bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan
buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw
bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi
wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab:
"Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama
diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian
Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk
Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang
menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw
menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh
orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang
akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab:
"Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah
berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat,
sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah
menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali,
sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth
(minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat
Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai
di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya
maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab:
"Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda,
sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

Betapa Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam mencintai umatnya...
BalasPadamYA ALLAH...TEMPATKAN LAH BAGINDA DI DALAM SYURGAMU YG TERUNGGUL... :'(
BalasPadamSungguh besar pengorbanan NABI MUHAMMAD S.A.W kpd umatNYA...disaat menjelang ajal Baginda masih juga bertanyakan nasib umat2NYA...ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD...
BalasPadamAllahuakbar. menitis airmata, sebak. Sayangnya Nabi kepada Umatnya. In shaa Allah sama" kita pelihara iman supaya bertemu dengan HabibAllah ♡ Aminnn..
BalasPadamKalaulaa nabi muhamad ad smpai harini mst kita smuanya gmbira, kita mpunyai pmimpin yg tlh bkrban apa2 pun demi islam. Smoga tenang laa dsyurga Allah. Allahuakbar 😩ðŸ˜
BalasPadam